Wednesday, 14 May 2014

Selamat Hari IBU

Assalamualaikum...

Jeng jeng!!!hari yang ditunggu oleh seorang insan yang bergelar IBU..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu saya Hasmah bt. Yusoff, ibu mertua saya Normah bt. Mohamed, diri saya dan buat semua IBU-IBU di seluruh negara "Selamat Hari Ibu", tak lupa juga buat semua bakal-bakal ibu dan yang baru sahaja menjadi ibu..suka, duka, gembira, sedih semua ada bukan..hikhik...so sweet jadi mak-mak nie kan..eeemmmmm...

Mmmm...Ibu(tapi saya panggil Ma jea)..tiba-tiba sedih lak teringat kat ma di kampung..apa ma buat masa nie yea..rindunya!!!!Di kesempatan ini saya nak ucap berbanyak terima kasih buat ma saya, yang banyak berkorban demi kami adik beradik, ma sanggup bersengkang mata menjahit pakaian untuk menyara kami 8 adik beradik. Abah ada tapi berapa sangat gaji abah untuk menyara kami semua, mujur ada bakat ma menjahit baju, dari situ sedikit duit untuk ditampung menyara kami semua..
Masih saya ingat, kalau dalam puasa tempahan ma memang banyak, sampaikan terpaksa ditolak sebab takut tak siap, kesian lak orang nak pakai untuk hari Raya, tapi ma cuba berkata baik pada orang yang menghantarnya..tapi baju saya memang jahit se'simple yang boleh la..ma oh ma..sebab saya tak boleh tolong ma, sebab dalam bulan puasa kami semua ada tugas masing-masing.
abah menjadi chef di dapur,
saya menjadi babysitter utk adik yang kecil

Terima kasih gak buat ma, kerana sudi menjaga saya masa pantang semasa melahirkan Dahlea, ma sanggup tinggalkan adik dan abah di kampung semata-mata nak temankan saya di hospital, mana tak nye, anak perempuan nak bersalin, masih tergiang di telinga ma pesan jangan takut,"In Sha Allah, kakak boleh buat"caya la cakap ma..
 dalam masa pantang segalanya ma lakukan, kadang-kadang kesian gak tengok ma, sebab tu kalau saya mandi then ternampak baju Dahlea tak berbasuh, saya curi-curi basuhkan..orang cakap dalam pantang tak boleh buat kerja berat-beratkan, tapi saya kesian kan ma, saya tolongla..itu ini sana sini semua ma, kesian la ma kan..tapi ma memang the BEST la..

Bila teringat  zaman kecik-kecik dulu, sayalah kakak sebab saya anak yang ke-2 dalam adik beradik, yang lain semua nya lelaki. masa tue adik-adik saya kecik-kecik lagi..hakhak!!!gelihati teringat zaman kecik-kecik dulu..macam2 ragam, macam2 gaya..iissshhh

Sekarang kami semua sudah besar ma, sekarang giliran kami plak untuk membantu ma, 
terima kasih ma, jasa dan pengorbanmu akan kakak kenang sampai akhir hayat kakak sebagai seorang anak..
 
SELAMAT HARI IBU MA!!!


 









Tuesday, 8 April 2014

MISSLILYSHOP..akhirnya sampai jua..

Assalamualaikum...
 
Misslilyshop...akhirnya sampai jua..adooiii tajuk, hakhak...macam la kedai tu jauh sangat...aaaddooiii
misslilyshop adalah boutique yang memang saya idamkan nak pergi dah lama dah
lagipun sekarang dalam IG tengah famous sekarang nie, nak pergi sediri tak boleh sebab tak de lessen,
maklum la, suami ada kerja la, ada discussion la ada kelas la berbagai la..nak buat camne kan dah separa student kan...saya nie nasib baik tak pandai bawa kereta kalau tak dah memang lama sampai dah, tapi tak boleh gak tak pandai kan, nanti susah lak..tak pe lepas nie saya belajar, ini pun dalam proses gak nie..in sha allah
 
ok..balik ke crita kita, saya gerak dari rumah pagi2 lagi sebab tak nak panas, sebab sekarang nie panas terik betul..then sampai sana dalam kul 11.45 pagi..boutique so strategic tau, ada kedai baby, RHB bank untuk amik duit banyak2 supaya leh shopping, ada kedai makan lagi, dan banyak betul boutique kat sana, saya tak sempat nak pusing banyak kedai sebab terlampau excited nak pergi MISSLILYSHOP nie..
 
Naik tingkat 1, Nampak senyuman manis dari staff MISSLILYSHOP yang tak lekang dari terus senyum, saya, si kecil, my friend dan adik saya apa lagi masuk laa...tanpa berlengah saya terus cari apa yang saya idamkan iaitu sepatu JELLY, 
pppeeerrrhhhh live
depan mata nie, so chanteq so cute dan segala nya..apa lagi terus mencuba dan mencuba laa...tapi confirm sampai sana terus pening nak pilih sebab kasut dia memang chateq sangat tau..warna memikat mata..harga pun murah..yang penting selesa di pakai..
kat boutique sana ada jual macam2 tau, dress, blouse, pants, shawl, handbag dan bermacam-macam lagi tau, so murah dan so chanteq tau..for your kids pun ada tau, untung la gurlz sekarang nie coz bermacam fesyen dapat digayakan,
mak dan anak leh sedondon, nasib baik si kecil saya nie kecil lagi, tapi ok jea kalau bab melawa nie..hakhak..kalau bab habiskan duit, ok aje..tapi sekarang MISSLILYSHOP leh jea order online..apa lagi sekarang macam2 ada..whatsapp laa..
So apa lagi kawan2 jom shopping..
 
kat sana hanya sempat
capture beberapa keping gambar jea, sebab nak cepat nak pergi IKea lak..so tengok la apa yang saya sempat snap!!bab jalan laju jea..
 
 
 
 si kecil yang excited nak buka kasut minie mouse tue, tapi sayang
 kan ibu cakap so big for u, tak boleh pakai, nanti dahlia besar boleh la..size yang kecil dah abis sayang, sorry yea, ibu punya jea ada...

 
jeng jeng..antara pilihan saya yang merambangkan mata saya..at the last saya pilih yang red colour and light brown colour..puas hati saya pergi sana boleh try n error coz kita yang pakai kan..boleh la tau selesa ke tidak...
1 pasang rm30, 2 pasang rm50..so jimat kan..cepat2 siapa cepat dia dapat..
 
maaf yea MISSLILYSHOP, sebab post your kedai tanpa keizinan..harap dimaafkan..
Just share with other people...:)
 
  
MISSLILYSHOP.COM
Location : Dataran Wangsa, Wangsa Melawati,KL
Kedai dibuka: 11am-9pm
Boutique dibuka setiap hari
 

Monday, 7 April 2014

@NARATHIWAT, Thailand

Assalamualaikum...
 
Banyak yang nak di ceritakan oleh saya pada semua, yea la baru jea lagi kan..blog ini tercipta kerana ingin berkongsi antara satu sama lain..kali ini saya ingin cerita tentang Narathiwat, Thailand..

Narathiwat, Thailand..Negara yang kita selalu dengar berlaku banyak pergolakan sehingga kini..macam-macam kes yang kita dengarkan..tapi biarlah itu menjadi rahsia Negara die orang..ok kali saya dan suami melawat banyak gak tempat menarik di pekan Narathiwat, maklum la bagi si suami ini adalah lawatan kali pertama..so memang Excited laa!!bagi saya dah perkara biasa..sebab dari kecil lagi saya selalu kesana..Start je cuti sekolah bulan 12 terus ma dan abah POS kami ke sana..

Dah Dah, melalut la saya..mesti dengar je nama Negara mesti ingatkan masakan nya..Tom Yam, Paprik, Som Tam, Nasi Kaumok, Pulut Mangga dan macam-macam lagi masakan nya..Lupe satu lagi Mee Jumbo!!kalau semua pergi jangan lupa makan tau, memang the best la..Sedappp!!

Pekan Narathiwat, ada satu pekan kecil, yang mempunyai masyarakat majority adalah melayu, di sebabkan itu kita boleh menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan kita bila disana, ada yang boleh faham dan ada yang tidak boleh, tapi tak mengapa in sha allah bahasa Malaysia mudah di fahami..di Pekan Narathiwat terdapat satu pantai yang dikenali sebagai Nara Beach yang memang dengan orang selalu ramai di sana, kerana di waktu petang penduduk di sana suka menghabiskan masa di pantai dan di pinggir bandar..Bagi kita yang beragama Islam tidak perlu bimbang soal makanan kerana banyak makanan HALAL yang ada di sana..makan sepuas bila tiba di Negara Thailand..

Dari segi mata wang di Negara Thailand menggunakan Baht..pegiraan wang untuk Baht memnag senang kerana nilai die lebih kecil dari mata wang Indonesia, yang banyak sangat kosong 000 kan.

Contoh 10 sen = 1 kok@baht
rm1.00 = 10 kok@baht
rm10 = 100kok@baht
rm100 = 1000kok@baht
rm1000 = 10000 kok@baht
di sana masyarakat menggunakan kok untuk bahasa mata wang mereka..so yang tak biasa pergi jangan la pelik lak..tu biasa aje..ala setakat Narathiwat, Tak Bai, Danok, Munduk semua orang mesti pernah pergi kan..lagipun tidak memerlukan modal yang banyak pun..

so pandai2 adik, kakak abang mencongakkan nya yea..sememang murah dan sedap..Dari segi pakaian or souvenir tidaklah begitu ada kerana kat sini ia terkenal dengan makanan sahaja..ada juga souvenir tapi kita pandai mencari, bagi saya tidak beberapa pasti tempat nya..


 
dengan si kecil bergambar menghilangkan kerinduan pada pantai yang mengasyikkan..si kecil mahu jalan sendiri, kita atkut die terjatuh..si kecil...si kecil...


 
si kecil dengan gelagat nya, bila orang ramai, tak pandai menyesuaikan diri, macam ibu nyer juga..(angkat bakul sendiri laa..)

 
Antara makanan yang menjadi pilihan kami semasa di sana..di pantai Nara Beach juga terkenal dengan makan bersila di atas tikar sambil angin pantai yang bertiup laju..memang best la..Dengan suasana yang mendamaikan..
 
 
 
terliuqq tak!!!ini lah mee jumbo...


 
Antara saudara mak kat sana, yang sentiansa melayan kerenah kami yang ingin makan bermacam-macam, dan sentiasa senyum...



 
ini saya sendiri terlupa namanya sebab die memang the best la..dengan masam dan manis nya memang sedapp laa..yang sebenar nya maggi tapi di masak masam manis..
 
Di pantai Nara Beach terdapat juga pelbagai permainan untuk si kecil,dari segi safety ia tidak menitik berat kan kerana kedudukan tempat permainan tidak la tinggi pun..so mak ayah kena selalu perhatikan si kecil yang sedang bermain..
 

 

 
kedai hello kitty yang sarat dengan barang..membuatkan saya rambang mata, tapi nasib baik saya tidak terpikat..selamat ibu...sedikit sebanyak yang dapat saya share tentang Narathiwat, Thailand..
 
Sampai di sini dahulu...
 
Qaseh Queen...
 

Passport Si Kecil :)

Assalamualaikum...

Passport!!untuk membuat passport si kecil bukannya perkara yang susah, yea la sekarang semuanya senang..tapi bagi ibu bapa yang beranggapan bahawa membuat passport untuk si kecil susah kerana perlu memikirkan banyak segi..Yea la mana tau si kecil menangis, merengek kelaparan dan pampers penuh dengan isi nya..hikhik..dan di namakan si kecil kan..itu perkara biasa la..

bagi saya yang juga ada anak kecil, pada mula nya memikirkan susah untuk membuat passport si kecil perkara, yea la nak amik gambar si kecil bukan nya senang, nak capture tepat pada kamera tu susah..tapi bagi yang berpengalaman mengambil gambar itu Thumbs up je!!!

saya memilih UTC Pudu untuk membuat passport si kecil saya, kerana berdekatan dengan rumah saya, dan di sana semuanya lengkap.even saya pun tak boleh nak buat passport sebab asyik full jea..nasihat saya kalau nak buat passport kena pergi early morning..bak kata pak cik guard 6.30pagi kena ada sana untuk dapat nombor..memang very packed oooii..saya ni dah banyak kali pergi dah, nie baru dapat buat coz full!!

kerajaan memberi kelebihan bagi ibu yang mengandung dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah!!ini kerana mereka telah adakan satu kaunter khas bagi mereka..so ibubapa  xde la perlu menunggu lama..Tapi make sure ibu tu pregnant and your baby under 2 years old..tapi lebih sikit ok la, tu pun kena tengok peqawai yang menjaga kaunter, because they want to see birth certificate tau..

untuk senangkan kerja, amik gambar anak siap2 kat luar, then bila sampai kaunter just cakap kat dia dah ada gambar,peqawai tu amik then lengkapkan pada borang tu jea..kan senang tu, jimat masa lagi..bila semua borang di sign, so kena la tunggu turn untuk bayar dan amik birth certificate si kecil sebab masa sign tadi yang original dia keep kejap..nak tunggu kita bayar..lepas bayar tu la kita kena tunggu selama 1 jam..Ingat tak dalam iklan ada katakana buat passport hanya 1jam itu jawapan nya...

so bila dah 1 jam untuk menunggu kita amik la masa untuk memberi masa si kecil bermain or bagi makan pada si kecil..baru la si kecil tak meragam..
macam itu la saya buat pada si kecil saya..so layan la si kecil dengan riang macam saya..wish u luck for passport!!happy cuti cuti Malaysia!!!
Layan gambar si kecil...



Qaseh Queen...

Thursday, 3 April 2014

Cerita Pertama Kali

Assalamualaikum...
 
Gembira, Takut, Malu, dan macam-macam perasaan berkumandang dalam hati ini,iye la mana tak nye, perasaan bercampur baur hendak menulis apa dalam blog yang telah tercipta ini..hikhik..
 
first time katanya kan, macam-macam perasaannya..apapun semoga saya dapat la belajar tentang selok belok dunia blogger nie,even saya sendiri pun suka membaca blog orang lain..hikhik..
 
Qaseh Queen...